Pada hari selasa 22 March 2016, telah berlaku suatu insiden
letupan di Zaventem Airport, Brussels.
Dalam letupan tersebut dilaporkan telah mengorbankan 11
orang. Kemudian berlaku satu lagi letupan di Maelbeek metro station dan telah
mengorbankan 20 orang. Tetapi sehingga kini tidak didedahkan identiti
orang-orang yang telah terkorban dan tidak ada sebarang gambar mayat (Mereka hanya menunjukkan gambar orang
terbaring di Airport).
Pihak polis telah mengeluarkan sekeping gambar yang
menunjukkan wajah 3 orang yang kononnya pengebom berani mati yang
bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Kualiti gambar CCTV tersebut adalah ketinggalan zaman dan
kabur sedangkan Brussels mempunyai CCTV yang terkini dan paling canggih. Malah
terdapat beratus-ratus CCTV di Airport tetapi hanya ditunjukkan sekeping gambar
sahaja.
Jika anda perhatikan dengan jelas, mereka bertiga sebenarnya
hanya datang ke situ untuk menghantar barang seseorang (delivery boy). Mereka
mungkin dibayar untuk menghantar bag ke Airport dan akan pulang selepas itu.
Terdapat beberapa penduduk dari Brussels telah memberitahu
bahawa bom telah meletup dari siling di Airport dan bukannya dari bom yang
dibawa oleh 3 orang “penjenayah” tersebut.
Mana mayat penjenayah? Adakah mayat itu telah melarikan diri?
Gambar diatas menunjukkan bukti bahawa bom meletup dari atas
siling. Lihatlah serpihan siling yang bersepah dilantai.
Tidak ada sebarang rakaman CCTV yang dibuat pada hari
tersebut. Malah CNN menayangkan rakaman CCTV tahun 2011 yang dibuat di Russia
dan mengatakan kononnya itulah rakaman dari Brussels. . Tetapi selepas orang
ramai menyedari tentang rakaman palsu tersebut, maka CNN dengan segera
“menghilangkan” rakaman tersebut. Dan
sehingga kini tidak ada sebarang rakaman CCTV yang asal dari Brussels.
Pihak polis mengatakan bahawa penjenayah tersebut membawa
rifle jenis Kalashnikov. Tetapi jika anda melihat gambar tersebut, adakah anda
nampak sebarang rifle? Memang tidak.
Bom itu diletupkan oleh orang lain di luar Airport dengan
menggunakan handphone.
Siapakah pihak yang untung akibat perbuatan ini?
Sudah tentu peristiwa ini akan digunakan oleh pihak NATO
untuk menyerang Syiria dengan lebih teruk lagi.
Sumber Rujukan: