TAHUKAH ANDA KENAPA "MEREKA" TELAH MENGHARAMKAN DAUN MARIJUANA (GANJA)?
Sejak kita masih kecil, Kita sering ditakut-takutkan oleh “mereka”
bahawa kononnya Marijuana (ganja) merupakan suatu dadah yang amat
merbahaya dan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya kita
didapati memilikinya.
Adakah motif sebenar “mereka” berkata begitu?
Apakah perbezaaan diantara daun Marijuana (ganja) dengan ganja serbuk (yang telah diproses)?
Perbezaannya ialah:
Daun Marijuana (ganja) merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang
diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang
banyak.
Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses dengan
bahan kimia yang merbahaya maka sudah tentulah orang yang memakannya
akan menghadapi masaalah kesihatan yang teruk.
Sepatutnya "mereka" hanya perlu mengharamkan serbuk ganja yang telah
diproses kerana memang betul serbuk tersebut amat merbahaya.
Tetapi kenapakah "mereka" mengharamkan pula pohon Marijuana? Apakah dosa pohon tersebut?
Anda ingin tahu jawapan sebenarnya?
Pada tahun 1974, Para penyelidik perubatan di Medical College Of
Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya Marijuana.
Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa Marijuana mengandungi THC yang
mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.
Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan
serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of
Virginia.
Medical College Of Virginia
Pada tahun 1976, President Amerika iaitu Gerald Ford telah tidak lagi
membenarkan sebarang kajian dibuat mengenai Marijuana. Dia hanya
memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika
untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan tersebut tidak
mahu meneruskan kajian tersebut.
Pada tahun 1983, President Ronald Reagan telah menyuruh pihak Universiti
untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974
mengenai Marijuana.
Tahukah anda bahawa daun Marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu
untuk menyembuhkan banyak penyakit-penyakit merbahaya seperti Kanser
otak, Kanser kulit, Kanser buah dada, Diabetes (kencing manis), Sawan,
Asthma, Leukemia, Alzheimer (hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu
mengurus diri sendiri) dan banyak lagi .......
Kos untuk berubat dengan menggunakan daun Marijuana adalah sungguh murah
berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran.
Malah rawatan Chemotheraphy untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.
Gambar dibawah menunjukkan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang
bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah
memberikan Chemotheraphy tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya.
Akhirnya ibunya telah mencuba untuk berubat anaknya dengan Marijuana.
Selepas dua bulan berubat dengan Marijuana, akhirnya Landon Riddle telah
sembuh dan telah memulakan penghidupan yang normal.
Seorang lelaki berumur 63 tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan
menghidap penyakit kanser. Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya
setelah berubat dengan menggunakan Marijuana.
Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak?
Sekarang tahukah anda mengapa President Amerika dan juga DEA (Drug
Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dijadikan
kajian?
Pada September 18, 2014, Seorang doktor di Amerika yang bernama Stephen
Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana mengubati
seorang pesakitnya dengan menggunakan daun Marijuana sedangkan
pesakitnya yang menghidapi kanser itu telahpun sembuh selepas itu.
Adakah manusia pernah meninggal dunia akibat menggunakan Marijuana sebagai ubat?
Jawapannya ialah:
TIDAK ADA.
Daun Marijuana juga mempunyai banyak kegunaan yang lain seperti bahan
api untuk kenderaan, kertas, pakaian dan banyak lagi.........
Sekiranya daun Marijuana (ganja) baru saja dijumpai oleh manusia di
hutan Amazon, sudah tentu ramai manusia yang akan berlumba-lumba untuk
menanam pohon Marijuana.
Tetapi sungguh sedih, kerana pohon Marijuana telahpun ditemui oleh
manusia sejak beratus tahun dahulu mengakibatkan pohon Marijuana telah
menjadi mangsa ketidakadilan dan ketamakan manusia yang gila kuasa, gila
kekayaan dan gila pangkat.
Akhirnya pohon Marijuana telah didapati "bersalah" dan telah dijatuhkan
hukaman "gantung sampai mati" oleh orang-orang yang bodoh dan
berkepentingan.
http://www.newparadigm.ws/articles/hemp-eats-radiation-cleans-toxic-metals-from-soil/
http://www.cureyourowncancer.org/study-accidentally-finds-chemo-makes-cancer-worse.html
http://www.naturalnews.com/053480_cannabis_human_nervous_system_FDA_regulations.html
http://www.newparadigm.ws/natural-health/7-inspirational-stories-of-people-who-beat-their-cancer-with-cannabis-oil/